Matlamat / Objektif



MATLAMAT KELAB ICT
Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi maklumat, matlamat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat  Sekolah ialah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.


OBJEKTIF KELAB KOMPUTER
Matlamat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui objektif yang berikut:
a.
Pengetahuan

i.
Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistemkomputer / Teknologi Maklumat

ii.
Membinbing murid mengetahui sistem pengoperasian komputer

iii.
Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu

iv.
Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan komputer dan Teknologi Maklumat
b.
Kemahiran

i.
Menguasai kemahiran mencar dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan Teknologi Maklumat

ii.
Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu / kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaitan komunikasi

iii.
Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan sesuatu sistem
c.
Nilai

i.
Memmupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi maklumat

ii.
Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.